Library Outreach @ Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan 2023

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu telah menjalankan  Program Library Outreach @ Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan 2023 pada 15 – 18 Mei 2023 (Isnin – Khamis) yang bertempat di Ruang terbuka perpustakaan. Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 4.30 petang bagi setiap penyertaan permainan yang disediakan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan kepada warga kampus terutamanya para pengunjung Perpustakaan bagi memeriahkan suasana sepanjang program berlangsung. Antara aktiviti yang disediakan ialah Pameran Buku “New Arrival”, Dam Ular Gergasi, dan Putaran Roda Ilmu. Pameran buku dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai buku baharu dan menggalakkan peminjaman buku oleh para akademik dan pelajar.

Sepanjang program dilaksanakan, sambutan para pengunjung amat menggalakkan dan meriah. Penyertaan permainan sepanjang hari amatlah memberangsangkan dan para pengunjung bermain dengan penuh minat. Setiap penyertaan permainan akan diberikan pelbagai hadiah yang menarik untuk dipilih.

Selain itu, Cabutan bertuah turut diadakan pada 18 Mei 2023 (Khamis) bagi meraikan peserta yang menyertai permainan dan menyokong Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan 2023.

Semoga program ini dapat diteruskan untuk memberi pendedahan mengenai perkhidmatan perpustakaan dan memeriahkan suasana perpustakaan.

Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply