Mastering Your Research Tools: IEEE Xplore Digital Library

Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), dengan kerjasama Unit Penulisan dan Penerbitan telah mengadakan program Mastering Your Research Tools: IEEE Xplore Digital Library secara atas talian pada 11 Mei 2023, Khamis yang lalu. Program yang berlangsung selama dua jam ini telah disampaikan oleh Mr. Edward Kennedy Nasen Thevarakam, Pegawai Kanan Teknologi Maklumat IEEE, dan  dikendalikan oleh Dr. NurulNadwan Aziz, Koordinator Unit Pengurusan Penyelidikan UiTMCT, sebagai moderator.

Penerangan diberikan dengan jelas oleh penceramah jemputan.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi panduan kepada para penyelidik UiTM bagi menggunakan platform IEEE Xplore Digital Library yang dilanggan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam, untuk tujuan akademik; penyelidikan, penulisan, dan penerbitan.

Program ini telah mendapat sambutan yang baik di kalangan warga UiTM. Seramai 113 orang peserta telah menghadiri taklimat ini dan kebanyakan peserta berpuas hati dengan memberi maklumbalas yang positif dalam penilaian yang telah diedarkan.

Kepada yang ingin mendapatkan penerangan yang lanjut berkenaan pangkalan data IEEE Xplore Digital Library bolehlah merujuk kepada Pustakawan Rujukan di kampus masing-masing.

Semoga penganjuran program ini bermanfaat kepada semua.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply