Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit @ UiTM Kampus Rembau

Khamis, 18 Mei 2023: Telah berlangsung program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit peringkat kampus sempena Hari Buku & Hakcipta Sedunia yang diadakan secara serentak di seluruh negara bermula 11.00 pagi hingga 11.10 pagi. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk masyarakat terutama warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau untuk membudayakan tabiat membaca sejajar dengan objektif program Read@UiTM.

Sepanjang tempoh tersebut, rata-rata warga kampus dilihat meluangkan masa membaca buku pilihan masing-masing. Berikut merupakan detik yang sempat dirakam oleh pihak PTAR ketika tinjauan di perpustakaan dan di pejabat-pejabat pentadbiran UiTM Kampus Rembau.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply