Bicara Industri: Kerjaya Graduan bersama ADK Solution Sdn. Bhd.

Shah Alam, 4 April 2023 – Program Live @ PTAR menerusi Segmen Bicara Industri kali ini telah menampilkan panel luar UiTM iaitu Ketua Pegawai Eksekutif ADK Solution Sdn. Bhd. Encik Shaiful Amri Md. Aris manakala Saudari Siti Hajar Roslim sebagai moderator program.

Program ini telah bersiaran secara langsung pada hari Selasa bermula jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi di Ruang Media, PTAR.

Melalui segmen kali ini tajuk yang dikongsikan ialah “Kerjaya Graduan bersama ADK Solution Sdn. Bhd.”.

Pada awal bual bicara, Encik Shaiful telah berkongsi mengenai latar belakang ADK Group yang merupakan syarikatperkhidmatan khusus buat industri automotif, pengendalian pesawat dan pembersihan bangunan. Bukan itu sahaja, ADK Group terbahagi kepada tiga anak syarikat iaitu ADK Solution, ADK Global dan ADK Safety & Health. Antara ketiga-tiga bahagian tersebut hanya dua anak syarikat yang aktif iaitu ADK Solution dan ADK Global. Manakala ADK Safety & Health pula dalam proses perkembangan perniagaan.

Selain itu, Encik Shaiful juga ada memfokuskan empat ciri yang perlu ada dalam diri untuk berkerja di ADK Solution ini iaitu seseorang yang jujur, komited, aktif dan sedia menerima teguran. Tambahan pula, terdapat pelbagai jawatan yang ditawarkan seperti Aircraft Interior dan Assistant Duty Officer. Bukan itu sahaja, ADK Solution juga ada menawarkan pengambilan pelajar latihan industri. Maka, bagi sesiapa yang berminat untuk merebut peluang pekerjaan di syarikat ADK Solution Sdn. Bhd. boleh menghantar resume ke pejabat syarikat ADK Group yang berada di Sepang.

Mengenai kelayakan akademik pemohon pekerjaan, Encik Shaiful telah berkongsi bahawa beliau turut menerima sekiranya pemohon tersebut mempunyai kelayakan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) sahaja. Bagi kenaikan pangkat pula, beliau berpandangan sesiapa sahaja boleh dinaikkan pangkat sekiranya memenuhi empat ciri staf tersebut.

Beliau juga ada menyampaikan mengenai rancangan untuk mengembangkan lagi ADK Solution Sdn. Bhd. ini. Salah satu rancangannya adalah untuk membuka cawangan ADK Solution yang baharu di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan Langkawi.

Bagi cabaran yang dihadapi syarikat ADK Solution pula, terdapat tiga cabaran iaitu dari segi kesukaran pengambilan pekerja, kekurangan peralatan dan komitmen serta pengurusan.

Kesimpulannya, perkongsian yang telah disampaikan oleh Encik Shaiful Amri Md Aris amat membantu graduan yang mahu merebut peluang pekerjaan di syarikat tersebut. Selain itu, program bicara industri seperti ini diharapkan dapat diteruskan lagi agar dapat membantu generasi muda pada masa akan datang.

Program bicara industri ini telah mendapat sambutan daripada kalangan penonton yang terdiri daripada penjawat awam serta para pelajar menerusi saluran Youtube Perpustakaan UiTM dengan jumlah views sebanyak 563 manakala saluran Facebook Perpustakaan UiTM adalah sebanyak 27 views.

Program ini adalah kesinambungan daripada program anjuran bersama PTAR dan PERKESO Negeri Selangor pada 21 Februari 2023.

Nama penulis: Eizza Farahneeda Mohd Nizam (Pelajar Latihan Industri Kumpulan 6/2023)

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply