Lawatan dari Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Melaka ke PTAR dan Sesi Suai Kenal

21 Mac 2023, Selasa – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menerima lawatan dari Encik Mior Hishamuddin Ariffin, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Melaka bertujuan untuk sesi suai kenal bersama staf PTAR UiTM, Kampus Alor Gajah. Turut mengiringi beliau ialah Encik Ahmad Hafifi Zainal Abidin, Pegawai Eksekutif dan Puan Anis Ibrahim, Pembantu Tadbir Kanan, UiTM Cawangan Melaka. Sesi ini telah dijalankan secara bersemuka bermula, 10.00 pagi hingga 11.30 tengah hari, bertempat di Bilik Mesyuarat, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dan dihadiri seramai 20 orang staf.

Sesi suai kenal Timbalan Pendaftar Kanan bersama staf PTAR Kampus Alor Gajah dijalankan secara santai bagi membuka peluang kepada staf untuk berkenalan, bertanya, memberikan pandangan, cadangan atau isu yang dihadapi oleh staf. Lawatan diakhiri dengan melawat persekitaran perpustakaan dan Unit Arkib PTAR UiTM Cawangan Melaka. Terima kasih kepada Encik Mior Hishamuddin Ariffin kerana sudi membuat lawatan dan aktiviti suai kenal bersama staf PTAR.

Encik Mior Hishamuddin Ariffin sedang melawat ke persekitaran PTAR diiringi oleh Puan Noor Hayati Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan bersama pegawai pengiring

Sekitar sesi suai kenal Timbalan Pendaftar Kanan bersama staf PTAR UiTM Kampus Alor Gajah sedang dijalankan

Timbalan Pendaftar Kanan sedang melawat ke Unit Arkib PTAR UiTM Cawangan Melaka

Sekitar gambar kenangan staf PTAR bersama Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Melaka

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply