Publication Webinar : Artificial Intelligence Tools for Academic Writing

14 Mac 2023, Selasa- Sinergi antara Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP), Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni serta PTAR UiTMCPP melalui penganjuran Publication Webinar: Artificial Intelligence Tools for Academic Writing telah berjaya dilaksanakan secara atas talian. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu kepada para peserta mengenai etika serta penggunaan AI Tools di dalam penulisan akademik masing-masing.

Webinar yang disertai hampir 100 orang peserta ini telah menjemput 2 orang penceramah iaitu Prof. Madya ChM Dr. Yong Soon Kong, Ketua Unit Etika dan Penerbitan (EPU), Pusat Pengurusan Penyelidikan UiTM Shah Alam bagi sesi pagi dan Puan Anita Adnan, pengasas Doctorate Support Group serta pembekal sah AI Tools bagi sesi petang.

Pada sesi pertama webinar yang bermula jam 9.00 pagi, penceramah membicarakan mengenai etika dan panduan penggunaan AI Tools dalam penulisan akademik. Kemudian diikuti pula dengan sesi perkongsian mengenai penggunaan Quillbot Premium oleh penceramah ke-2 pada sesi petang. Terdahulu, Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP turut memberikan penerangan ringkas kepada peserta mengenai pangkalan data baharu langganan perpustakaan iaitu Quillbot serta cara pengaksesannya.

Dengan penganjuran webinar ini, diharapkan ia dapat memberi manfaat yang baik bukan sahaja kepada warga UiTM Cawangan Pulau Pinang tetapi juga kepada semua peserta yang turut sama menyertai program ini.

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply