Bengkel “How to Survive?” UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 21 Mac 2023, telah berlangsung bengkel “How to Survive?” di Ruang Library Community Engagement anjuran bersama Pejabat Bendahari dan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Bengkel yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi itu telah dihadiri oleh 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai penyedia, penyemak dan pelulus pengesahan kerja/penerimaan barang, pembuat kertas kerja program dan koordinator program di setiap bahagian UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Bengkel yang telah dikendalikan oleh Puan Nurkamarusyani Mohd Zain, Timbalan Bendahari UiTMCPP dan Encik Muhammad Huzaifah Johari, Penolong Bendahari UiTMCPP ini bertujuan untuk memberi penerangan serta perkongsian berkenaan tadbir urus kewangan universiti yang baik dalam menghadapi kekangan kewangan pasca pandemik Covid-19.

Antara pengisian bengkel adalah taklimat tentang langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap bahagian dan fakulti di dalam setiap urusan pembelian bagi mengoptimumkan perbelanjaan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Selain itu, Puan Nurkamarusyani juga turut membentangkan garis panduan strategi bajet tahunan 2023 di mana ianya berkenaan pemantapan pengurusan bajet bagi mengawal perbelanjaan serta menjana pendapatan kepada universiti.

Disediakan oleh : Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply