Library Outreach Unit Arkib Cawangan (UAC) ke Pejabat Polis Bantuan UiTMCK

Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan telah membuat kunjungan hormat Library Outreach ke Pejabat Polis Bantuan UiTMCK Kampus Machang pada 3 April 2023 (Isnin).

Tujuan library outreach ini adalah bagi berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan khususnya di Unit Arkib Cawangan (UAC) yang telah diberi penerangan oleh Encik Mohd Waqiyuddin Mohd Dzulkifly (Pembantu Pustakawan Kanan) dan Encik Muhamad Nazari Muhamad Nor (Pembantu Pustakawan Kanan). Khidmat nasihat dan tunjukajar mengenai pengasingan serta pelupusan rekod juga diberikan semasa program ini dijalankan.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan

Avatar photo
Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply