Program Pemantapan Minggu Destini Siswa (PDS) Kolej Pengajian Kejuruteraan: Sesi Mac-Ogos 2023

Pada 21 Mac 2023, Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) telah mengadakan taklimat perpustakaan secara atas talian kepada 279 orang pelajar baharu bersempena dengan Minggu Pemantapan Destini Siswa (PDS) bagi Kolej Pengajian Kejuruteraan. Sesi taklimat perpustakaan bertarikh 21 Mac 2023 itu telah dikendalikan oleh Pustakawan Kanan Puan Rizana Mohd Radwan dengan dibantu oleh 2 orang staf iaitu En. Mohd Asmawi Mohammad dan En. Mohd Fitri Rusli. Pelajar baharu yang terlibat terdiri dari pelajar baharu dari 4 Pusat Pengajian iaitu pelajar dari Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Pengajian Kejuruteraan Kimia.

Antara butiran taklimat adalah berkaitan panduan dan penerangan kepada para pelajar baharu tentang perkhidmatan yang disediakan  di Perpustakaan Kejuruteraan

Semoga pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan suasana, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Kejuruteraan dan dapat memanfaatkan sumber rujukan dan perkhidmatan yang disediakan dengan baik di sepanjang tempoh pengajian mereka di sini.

Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply