Penyertaan Staf PKEJ dalam Kejohanan Bowling Piala Ketua Pustakawan 2023

Kejohanan Bowling Piala Ketua Pustakawan 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Mac 2023. Aktiviti sukan staf ini diadakan untuk mempelbagaikan aktiviti kecergasan dan kesihatan bagi tahun 2023.

Bagi menyokong aktiviti yang julung kali diadakan ini, Perpustakaan Kejuruteraan telah menghantar 6 orang wakil staf menyertai acara ini bermula dengan sesi Latihan hinggalah ke hari pertandingan. Pembahagian staf pada acara kejohanan pula dilakukan secara berpasukan dimana satu kumpulan diwakili 5 orang peserta dari pelbagai jabatan dan bahagian perpustakaan.

Semoga acara seperti ini dapat diadakan setiap tahun bagi memupuk semangat berpasukan dan kesukanan dalam kalangan warga perpustakaan Tun Abdul Razak Shah Alam.

Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply