Program Bersama Fulbright Specialist, Paula Lackie

Shah Alam, 8 Mac 2023 – Bersempena lawatan Ms. Paula Lackie, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Program Bersama Fulbright Specialist di Bilik Seminar, PTAR.  Mengiringi Ms Paula Lackie ialah Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM cawangan Negeri Sembilan iaitu Dr. Wahidah Mohd Zain dan Dr. Zahril Shahida Ahmad. 

Lawatan Ms. Paula Lackie ke PTAR merupakan antara aktiviti yang telah dirancang oleh penganjur program International Symposium on Open Science for Information Professionals yang diadakan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). 

Program Bersama Fulbright Specialist, Paula Lackie anjuran PTAR bermatlamat sebagai perkongsian maklumat dan pengalaman mengenai Sains Terbuka (Open Science) dan pengurusan hasil data penyelidikan (Research Data Management-RDM)

Program yang berlangsung selama dua jam ini telah dihadiri oleh Ketua Timbalan Pustakawan Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan bersama-sama 46 orang Pustakawan UiTM secara bersemuka. 

Menerusi ucapan alu-aluannya, Tuan Ts Hj. Azizi mengalu-alukan kehadiran dan kesudian Ms. Paula Lackie berkunjung ke PTAR sambil berkongsi pengetahuan beliau bersama Pustakawan UiTM. Tambah beliau lagi, konsep Sains Terbuka dan pengurusan hasil data penyelidikan kini semakin menjadi perhatian dan PTAR telah memulakan inisiatif dengan menganjurkan siri program kesedaran (awareness) dan pembangunan bakat. 

Berikutnya, Timbalan Ketua Pustakawan Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria menyampaikan ucapan mengenai inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan oleh PTAR seperti portal Open Access Discovery, portal Open Educational Resources dan Research Data Sharing. Menerusi program ini, beliau turut berkongsi  berkenaan kaedah pelaksanaan Sains Terbuka di PTAR. 

Ms. Paula Lackie memulakan ucapannya mengenai situasi global dan konsep “keterbukaan” dalam penyelidikan dan penerbitan. Galakan terhadap perkongsian data dan maklumat semakin menjadi budaya dalam dunia penyelidikan hari ini. Beliau turut berkongsi mengenai faedah yang akan diperoleh daripada pembudayaan perkongsian maklumat penyelidikan antaranya bidang perubatan yang berupaya mempercepatkan tempoh masa penghasilan vaksin. Perkongsian Ms. Paula Lackie yang berjudul “What is ‘Open’ about Open Science” telah menarik lebih 16 soalan daripada para peserta yang hadir pada pagi itu. Rakaman program ini boleh ditonton di saluran YouTube Perpustakaan UiTM menerusi pautan https://bit.ly/3ZPKSre .

Wakil Pengurusan Eksekutif PTAR bersama Ms Paula Lackie (tengah).
Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan sewaktu menyampaikan ucapan alu-aluan. 
Timbalan Ketua Pustakawan Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria sewaktu perkongsian inisiatif PTAR. 
Ketua Timbalan Pustakawan Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan (kanan) dan Ms. Paula Lackie
Ms. Paula Lackie sewaktu menyampaikan perkongsian mengenai Sains Terbuka
Encik Ahamad Zuber Mohamed (kanan) menyampaikan cenderamata tanda penghargaan.
Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply