Kunjungan Hormat PTAR ke Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pulau Pinang

Bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pulau Pinang, telah diadakan Program Kunjungan Hormat PTAR ke atas Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik. Program yang berlangsung pada 8 Februari 2023 itu telah dihadiri oleh wakil PTAR UiTMCPP yang terdiri daripada Puan Hayati Mokhtaram, Timbalan Ketua Pustakawan, dan tiga orang Pustakawan Kanan iaitu Encik Nurul Izwan Amir, Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi dan Puan Farleen Azrina Zamberi sementara Pejabat HEA diwakili oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Hajah Siti Noraini Sulaiman, Timbalan Rektor HEA bersama Penolong Pendaftar, Tuan Mohd Syahmi Tuan Mohd Rosli dan Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Khairul Azmi Abdul Lazak.

Program yang berlangsung hampir 2 jam itu dimulakan dengan sesi pengenalan wakil PTAR UiTMCPP dan seterusnya pengenalan ringkas tentang Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pulau Pinang yang telah diberikan oleh Puan Hayati Mokhtaram. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Hajah Siti Noraini Sulaiman dan wakil juga telah diberikan penerangan tentang perkhidmatan dan kemudahan di perpustakaan, perolehan bahan silibus, arkib universiti dan perpustakaan digital.

Pertemuan ini juga telah membincangkan beberapa perkara berbangkit yang melibatkan kerjasama di antara PTAR UiTMCPP dengan Bahagian Hal Ehwal Akademik selain penetapan hala tuju yang lebih jelas dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar dan pensyarah. Semoga pertemuan ini menjadi jambatan hubungan yang baik di antara kedua-dua bahagian.

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply