5,353 Peluang Kerjaya di Program Kerjaya Graduan UiTM

Shah Alam, 14 Februari 2023 – Memperoleh pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan dimiliki merupakan impian setiap individu. Apatah lagi pencarian pekerjaan itu dilakukan secara bersemuka bersama bakal majikan di bawah satu bumbung. Inilah masanya individu menyerlahkan kemahiran yang dimiliki disamping meyakinkan bakal majikan agar menawarkan pekerjaan yang setimpal.

Warga Shah Alam khususnya golongan belia diundang ke Program Kerjaya Graduan UiTM yang akan diadakan di Library Community Engagement, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam.

Program anjuran bersama PTAR dan PERKESO Negeri Selangor ini akan diadakan selama tiga hari bermula hari Selasa 21 Februari 2023 hingga hari Khamis 23 Februari 2023 dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

Sejumlah 5,353 peluang pekerjaaan ditawarkan oleh pihak industri. Individu turut berpeluang menyertai taklimat bersama PERKESO terutama kemudahan caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang baru dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Februari 2023.

Sejumlah tujuh belas industri pelbagai bidang menawarkan peluang pekerjaan antaranya Proton, UMW, Gamuda IBS, 99 Speedmart, Pizza Hut, Cyberview Resort & Spa dan FACEXPRO. Agensi perbankan Maybank turut membuka kaunter buat kemudahan orang ramai melakukan pelbagai urusan kewangan. Gerai-gerai jualan makanan dan minuman turut disedia sebagai kemudahan buat orang ramai hadir ke program ini nanti.

Demi kelancaran proses pencarian pekerjaan, golongan belia perlu mengisi borang pra-pendaftaran menerusi dua pautan berikut:

https://mobileptar.uitm.edu.my/p4g3s/p4g3s.php?p=023 (Warga UiTM) https://bit.ly/PKERJAYAGRADUANUiTM (Bukan Warga UiTM)

Maklumat terkini dan pertanyaan lanjut berkaitan program Kerjaya Graduan UiTM boleh diperoleh di media sosial rasmi PTAR:

Portal: https://library.uitm.edu.my/en/discover/upcoming-events/latest-at-ptar/107-announcement/803-ptar-perkeso-selangor?fbclid=IwAR1KjThLyCo-RF–2NLz0g_uTB1goXg73y9IHw9vZAH2OU7B8T0xJ9iGZew

Facebook: https://www.facebook.com/libraryuitm

Twitter: https://twitter.com/uitmlibrary

Whatsapp: 03-5521 1704/ 011-2092 8005

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply