Sesi Perkongsian Maklumat Mendepani Cabaran Ekonomi 2023 : Pandangan, Peluang dan Solusi

31 Januari 2023, Selasa – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Program Sesi Perkongsian Maklumat iaitu Mendepani Cabaran Ekonomi 2023: Pandangan, Peluang dan Solusi. Program ini dijalankan bertempat di Ruang Library Community Engagement (Ruang Santai Point), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini diadakan bagi tujuan membantu para peserta mengharungi cabaran dan situasi ekonomi masa kini dan di masa akan datang.

Program ini telah disertai seramai 50 orang peserta melibatkan staf dari setiap bahagian dan fakulti UiTM Cawangan Melaka. Sesi perkongsian ini telah dikendalikan oleh 2 orang penceramah iaitu Encik Mohd Hafiz Faizal Bin Ibrahim dan Puan Aida Binti Karim, Consultant Angel Group. Penceramah telah memberi pandangan dan perkongsian tentang bagaimana langkah penyimpanan dan pengurusan kewangan yang tepat.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah dan peserta kerana sudi hadir bagi menjayakan program ini serta mendapat ilmu untuk berdepan dengan situasi ekonomi yang semakin mencabar.

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat membantu sedikit sebanyak para peserta dalam menguruskan kewangan serta menyediakan perancangan yang lebih baik untuk jangka masa Panjang.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply