Taklimat Perpustakaan Pelajar Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawwif Umrah & Ziarah

Pada 2 Februari 2023, seramai 12 orang pelajar Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawwif Umrah dan Ziarah telah mengikuti taklimat perpustakaan yang dikendalikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan, Unit Perkhidmatan Pelanggan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP).

Sesi taklimat perpustakaan ini merupakan salah satu daripada aktiviti orientasi bagi pelajar-pelajar Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawwif Umrah dan Ziarah yang ditawarkan oleh Professional Mutawwif Development International College (PMDIC) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Secara keseluruhannya, para pelajar telah diberi taklimat berkenaan koleksi, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan. Selepas sesi pengenalan tersebut, mereka telah dibawa oleh Encik Syarifulanuar Mat Isa, Pembantu Pustakawan Kanan, Unit Perkhidmatan Pelanggan untuk melawat dan melihat sendiri suasana pembelajaran di perpustakaan. Sepanjang lawatan, penerangan ringkas tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan turut diberikan untuk pemahaman pelajar.

Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply