Program “Wake Up Call Your Image: From Campus to Corporate”

18 Disember 2022, Ahad – Program “Wake Up Call Your Image From Campus To Corporate” telah dianjurkan oleh Perpustakaan Tengku Anis (PTA) bermula pada jam 8:30 pagi sehingga 4:00 petang yang bertempat di Aras 1 PTA.

Program ini adalah merupakan satu inisiatif Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dalam mendedahkan warga UiTMCK kepada etika-etika penampilan korporat dan meningkatkan lagi ketampakan serta imej organisasi khususnya UiTMCK dalam pengurusan tadbir urus. Keterampilan korporat perlu dititik beratkan dalam pengurusan serta sekaligus dapat meningkatkan keyakinan warga UiTMCK.

Perkongsian bagi program ini telah disampaikan oleh Puan Nurfarawahidah Badruesham, Pustakawan Kanan & Perunding Imej Profesional Bertauliah Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang. Terdapat empat modul bagi program ini iaitu:

  • Modul 1 – Diagnos Imej Semasa dan Padanan Imej Korporat
  • Modul 2 – Analisa diri anda!
  • Modul 3 – Preskripsi untuk Penambahbaikan Imej
  • Modul 4 – Bina karakter dengan komunikasi

Gambar sekitar program berlangsung

Program ini telah berjalan dengan jayanya dan diharapkan agar peserta mendapat ilmu yang bermanfaat dan mengaplikasikan dalam aktiviti seharian terutamanya sewaktu bekerja serta memperbaiki cara berhubung sesama individu samada di dalam dan luar organisasi.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply