2Days@PTA: Bonding Day

Pada 12 dan 13 Disember 2022, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menganjurkan program “2Days@PTA: Bonding Day selama dua hari yang bermula pada pukul 9:00 pagi sehingga 4:00 petang bertempat di PTA.

Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tengku Anis dengan kerjasama 5 orang pelajar latihan industri PTA. Program ini telah berjaya meraih penyertaan keseluruhan iaitu peserta  yang terdiri daripada pelajar dan staf UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang seramai 268 orang.

Program ini adalah merupakan satu inisiatif Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dalam pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan sekaligus, dapat memberi maklumat perkhidmatan serta kemudahan baru perpustakaan kepada semua warga UiTMCK khususnya dalam pencarian maklumat dengan berkesan.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah disediakan dalam program 2 Days @ PTA: Bonding Day adalah seperti berikut:

  • Carrom
  • Ping Pong
  • Congkak
  • Giant e-Puzzle
  • Infohunt
  • Table Soccer Game
  • Crossword Game
  • PTA Roda Impian
  • Spell it Right
  • Let’s Guess My Weight (Teka Berat Buku)
  • Online Quizizz
  • Juara Cup Pantas
  • Let’s Borrow, Read & Review – Tiktok Challenge
  • Sepak Penalti
  • Ball Juggling
  • Wakaf Buku 2.0

Majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan pada hari kedua program yang bermula dengan ucapan penutup daripada pengarah projek iaitu saudara Muhamad Azim Suhaimi, pelajar latihan industri PTA dan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap aktiviti. Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Puan Alina Hussein (TKP PTA), dan Pustakawan Kanan PTA iaitu Puan Norfitriah Mat Seman & Puan Nordelina Zulkarnain.

Program 2Days@PTA: Bonding Day selama dua hari ini telah berjalan dengan jayanya dan mencapai objektifnya. Diharapkan agar program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai kesemua aktiviti yang diadakan dan sokongan yang telah diberikan.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply