Lawatan Delegasi Indonesia bersama Kolej Pengajian Kejuruteraan

29 November 2022 — Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) telah menerima lawatan daripada Delegasi Universitas Sebelas Maret, Indonesia. Lawatan ini bertujuan mengukuhkan kolaborasi diantara Universitas Sebelas Maret dengan Kolej Pengajian Kejuruteraan Universiti Teknologi MARA Shah Alam

Delegasi yang terdiri daripada 5 orang peserta itu diketuai oleh Dr. Sunu Herwi, S.T., ( Biomass Energy Conversion), Inayati S.T.,M.T., (Hydrogen Fuel Cell), Dr. Joko Waluyo, S.T, M.T.,( Biomass Energy Conversion) dan Mujtahid Kaavessina, S.T.,M.T., (Polymer Technology)

Pelawat tiba pada jam 2:30 petang ke Perpustakaan Kejuruteraan diiringi rakan kolaborasi dari Kolej Pengajian Kejuruteraan iaitu Dr. Harumi Veny dan Dr Suzila. Delegasi telah disambut oleh warga Perpustakaan Kejuruteraan diketuai Pn. Rizana Mohd Radwan. Pelawat dibawa melawat ke sekitar perpustakaan, melihat perkhidmatan yang disediakan disetiap aras perpustakaan disamping  mendengar taklimat serta penerangan berkaitan koleksi bahan Kejuruteraan, Digital Collection, e-Books, Koleksi Khas dan OPAC.

Di akhir Lawatan delegasi telah berbesar hati  menandatangani buku pelawat dan bergambar kenang-kenangan. Semoga lawatan ini memberi banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply