PTAR Fun Walk : Program Riadah Bersama Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang

Permatang Pauh, 11 November 2022 – PTAR Fun Walk : Program Riadah bersama Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) merupakan program bulanan di kampus yang dijalankan bersama rektor bertujuan untuk menggalakkan budaya bersenam dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus khususnya staf. Program yang melibatkan acara berjalan kaki di sekitar kawasan UiTM Cawangan Pulau Pinang serta kawasan perumahan di sekitarnya telah disertai oleh 147 orang peserta.

Seawal jam 8.00 pagi program dimulakan dengan pendaftaran peserta dan diikuti dengan aktiviti pemanasan badan yang diketuai oleh Encik Muhammad Izzudin Hamdi, Penolong Pegawai Belia & Sukan, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam. Upacara pelepasan peserta fun walk telah disempurnakan oleh Puan Hayati Mokhtaram, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP. 

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung termasuk Physio Massage Session yang dikendalikan oleh Encik Mohamad Hafiz Abu Seman, Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan, Kampus Bertam bersama pelajar daripada Physio Student Association (Phytas). Selain itu, para peserta program juga telah mengambil bahagian di dalam acara kuiz santai mengenai PTAR dan isu semasa serta berpeluang memenangi hadiah istimewa dengan memuat naik video sekitar program di akaun TikTok. Di akhir program, semua peserta membawa pulang hadiah cabutan bertuah dan dapat menikmati minuman milo dan maggi secara percuma oleh Nestle Malaysia.

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply