Taklimat Perpustakaan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu Sempena Minggu Destini Siswa Sesi Oktober 2022-Februari 2023

Pada 03 Oktober 2022 (Isnin), Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah mengadakan Taklimat Orientasi Perpustakaan kepada pelajar baharu sesi Oktober 2022 – Februari 2023 sempena Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT). Sesi taklimat yang berlangsung selama sejam bermula pada jam 4.00 petang bertempat di Dewan Lestari, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu yang melibatkan seramai 360 orang pelajar baharu Diploma dan Sarjana Muda Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM).

Sesi ini dikendalikan oleh Cik Nurmaisari Che Anuar selaku Pustakawan di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu. Taklimat perpustakan dilaksanakan bagi memberi pengenalan tentang fungsi utama yang disediakan oleh perpustakaan. Objektif utama taklimat pelajar baharu adalah memberi penerangan dan pendedahan tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan. Selain itu, penerangan mengenai kaedah pencarian maklumat turut diterangkan semasa taklimat bagi memberi gambaran kepada pelajar baharu. Pelbagai hebahan dan promosi turut diterangkan bagi memberi panduan kepada pelajar baharu untuk menggunakan sebagai bahan pembelajaran dan penyelidikan kelak.

Di akhir sesi taklimat, pihak perpustakaan mempromosikan kepada semua pelajar untuk memuat naik Mobile Apps @ UiTM Library bagi memudahkan pencarian maklumat dan bahan yang diperlukan di perpustakaan.

Semoga sesi Taklimat Orientasi Perpustakaan kepada pelajar baharu sesi Oktober 2022 – Februari 2023 yang disampaikan dapat memberi manfaat dan menggalakkan kepada semua pelajar untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu.

Selamat datang kepada siswa siswi baharu ke UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu.

Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply