Lawatan ke Perpustakaan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu Sempena Minggu Destini Siswa Sesi Oktober 2022-Februari 2023

Pada 05 Oktober 2022 (Khamis), sempena Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah menerima lawatan dari pelajar baharu sesi Oktober 2022 – Februari 2023. Sesi lawatan bermula pada pukul 4.30 petang yang melibatkan 364 orang pelajar baharu diploma dan sarjana muda Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) yang dibawa masuk ke perpustakaan mengikut kumpulan.

Sesi ini dikendalikan oleh Cik Nurmaisari Che Anuar dan dibantu oleh beberapa staf sokongan perpustakaan  UiTMCT Kampus Kuala Terengganu. Objektif utama lawatan dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar baharu mengenai perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar di kampus. Sedikit penerangan mengenai koleksi buku, majalah dan beberapa ruang yang disediakan untuk kegunaan pelajar antaranya ruang bacaan, ruang santai dan ruang majalah. Selain itu, pelajar turut diterangkan mengenai perkhidmatan kaunter utama dan kaunter perkhidmatan yang di perpustakaan.

Semoga sesi Lawatan ke Perpustakaan kepada pelajar baharu sesi Oktober 2022 – Februari 2023 yang disampaikan dapat memberi manfaat dan menggalakkan kepada semua pelajar untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu.

Selamat datang kepada siswa siswi baharu ke UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu

Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply