Aktiviti Promosi MOBILEAPP@UiTM LIBRARY

Pada 04hb November 2022 (Jumaat), PTAR UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan aktiviti untuk mempromosikan MOBILEAPP@UiTM LIBRARY kepada semua pelajar yang datang ke perpustakaan, bertempat di Lobi Utama, Menara Pustaka UiTM Cawangan Sabah.

Para pelajar telah memasang aplikasi MOBILEAPP@UiTM LIBRARY dan diberi penerangan serta pendedahan tentang aplikasi tersebut.

Sebagai tanda terima kasih, pihak PTAR UiTM Sabah telah memberikan penanda buku kepada semua pelajar yang telah berjaya memasang aplikasi berkenaan di telefon masing-masing

Editor : Sharmila Binti Tawakkal, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR Sabah

Avatar photo
Marlia binti Yuming PTAR Kota Kinabalu Sabah

Leave a Reply