Pertemuan Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM

Shah Alam, 4 November 2022 – Pertemuan bersama YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah telah berlangsung selama satu jam bagi membincangkan pengisian program Bual Bicara Buku anjuran PTAR Shah Alam. 

Ketua Bahagian Koporat dan Kolaborasi PTAR, Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad telah hadir bertemu Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM tersebut di Aras 7, Bangunan Canseleri bagi menyatakan hasrat mengundang beliau sebagai tetamu di dalam program Bual Bicara Buku pada 16 November 2022.  

Di samping itu, kehadiran wakil PTAR ini ingin memperoleh maklumat-maklumat penting yang perlu diketahui khususnya buku terbaharu nukilan beliau berjudul Tersinggung Dalam Perjuangan Sebuah Perjalanan Autobiografi

Buku “Tersinggung Dalam Perjuangan Sebuah Perjalanan Autobiografi”.
Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply