Minggu Destini Siswa (MDS): Taklimat Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang

Taklimat Minggu Destini Siswa (MDS) telah berlangsung pada 6 Oktober 2022 (Khamis) jam 2.15 petang bertempat di Dewan Indera Segara. Taklimat Minggu Destini Siswa UiTM Cawangan Pahang ini telah disampaikan oleh Cik Muniratul Husna Mohamad Zaki, Pustakawan dari Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka serta dibantu oleh staf-staf perpustakaan yang lain.

Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan awal kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan perpustakaan, kemudahan serta bahan koleksi fizikal dan digital yang tersedia untuk kegunaan para pelajar sepanjang pembelajaran mereka di UiTM Cawangan Pahang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education.

Sejajar dengan konsep Perpustakaan Digital, pihak Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang juga berkongsi tentang tatacara pencarian koleksi bahan digital yang terdapat di dalam laman sesawang Perpustakaan serta pencarian koleksi kertas soalan (Exam paper) melalui Mobileapp@UiTMLibrary. Sesi taklimat ini juga dimeriahkan lagi dengan slot Quizizz di mana pelajar perlu menjawab soalan kuiz atas talian berdasarkan taklimat yang telah disampaikan oleh penceramah. Selain itu, sesi taklimat MDS ini turut dihadiri oleh Puan Hajah Rosnita Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan yang turut menyampaikan amanat kepada para pelajar baharu agar mereka lebih bersemangat untuk memulakan pembelajaran mereka di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Semoga perkongsian yang telah disampaikan ini dapat memberi impak dan input berguna buat para pelajar baharu sesi 1 2022/23.

Selamat maju jaya!

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply