Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka

MELAKA, 9 Oktober 2022 – Tahniah kepada 60 orang peserta dari UiTM Cawangan Melaka telah bersama-sama berarak dari Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit ke Dataran Pusat Islam Melaka sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 1444H/ 2022M, hari ini.

Kumpulan perarakan UiTMCM menyertai perarakan seramai lebih 5,000 peserta mewakili 118 kontinjen dalam majlis yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang diPertua Negeri Melaka.

Kontinjen UiTMCM diwakili peserta dari ketiga-tiga kampus iaitu UiTM Kampus Bandaraya, UiTM Kampus Jasin dan UiTM Kampus Alor Gajah.

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply