Taklimat Perpustakaan Minggu Pemantapan Siswa (MPS) PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

21 Oktober 2022 – Taklimat Minggu Pemantapan Siswa (MPS) telah diadakan kepada pelajar semester 1 dan 2 yang berlangsung di Auditorium, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Pihak PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin juga telah dijemput untuk memberikan sesi taklimat mengenai perpustakaan seperti pengguna aplikasi PTAR Mobile App, pencarian maklumat di PTAR dan rujukan bahan dengan menggunakan perkhidmatan digital perpustakaan. Sesi taklimat perpustakaan ini telah disampaikan oleh Encik Abdul Azim bin Ab. Ghani, Pustakawan di PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Turut membantu, Puan Nor Hafizah binti Azaman, Pembantu Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab. Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply