Program Book2U @ PKEJ

Pada 27 Oktober 2022, Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) Kampus Shah Alam  telah mengadakan Program BOOK2U@PKEJ. Sasaran program pada kali ini adalah bagi pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Kimia . Program ini diadakan bertujuan untuk mendekati pengguna perpustakaan dan warga UiTM dengan aktiviti-aktiviti santai dan menarik berkisar tentang PKEJ. Program juga menyasarkan  jumlah pinjaman bahan pada hari tersebut dengan membuat promosi pinjaman terbanyak akan diberikan hamper dan angpow yang menarik. Program dimeriahkan dengan kuiz dan peserta juga akan mendapat cenderamata sekiranya jawapan yang diberikan tepat.

Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan juga turut menerima 1 kumpulan pelajar bagi aktiviti Lawatan Berpandu Perpustakaan yang dikendalikan oleh Encik. Mohd Fitri Rusli.

Selain daripada itu, kakitangan bertugas telah Bersama-sama mempromosikan penggunaan PTAR Mobile Apps di kalangan semua pengunjung.

Dianggarkan jumlah pengunjung adalah seramai 100 orang dan jumlah pinjaman adalah 50 naskhah bahan. Jumlah peserta lawatan berpandu pula adalah seramai 8 orang.

Rata-rata, semua pengunjung terhibur pada hari tersebut. Dan diharapkan progeam yang berlangsung selama 2 jam ini dapat
menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan penyertaan warga kampus dalam aktiviti-aktiviti galakan membaca anjuran perpustakaan.

Avatar photo
Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply