Program Jom Pinjam@PST

Program Jom Pinjam@PST telah dijalankan pada 31 Oktober 2022 (Isnin) bertempat di Ruang Legar PTAR Sains & Teknologi (PST) jam 10.00 hingga 12.00 tengah hari. Program ini berlangsung selama 2 jam dan dihadiri seramai lebih 50 orang pelajar.

Program ini adalah pertama kali dijalankan dan ianya merupakan salah satu program Read@UiTM berperanan memupuk budaya membaca di kalangan warga UiTM khususnya para pelajar. Koleksi buku baharu dan bahan’ bestseller’ dipamerkan sepanjang program berlangsung.

Selain itu perkhidmatan perpustakaan digital juga disebarluaskan iaitu Mobile Apps bagi memudahkan pengguna dalam memperolehi sumber maklumat yang diperlukan dalam pembelajaran.

Sebanyak 18 judul buku berjaya dipinjam oleh pengguna perpustakaan. Sedikit sumbangan hadiah diberikan kepada peminjam buku bagi tanda penghargaan kepada mereka.

Diharapkan program ini sedikit sebanyak dapat menyumbang ke arah galakan budaya membaca dan cintakan ilmu. Sambutan dan maklumbalas amat baik daripada para pengguna perpustakaan dan berharap agar program seumpama ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang.

Avatar photo
Nor Hafizah Md Hanafiah PST Shah Alam
Senior Librarian PTAR 1, UiTM Shah Alam

Leave a Reply