Syabas dan Tahniah Perpustakaan Tengku Anis

Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menganjurkan Pertandingan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia UiTMCK 2022 yang bermula pada 28 Ogos sehingga 10 September 2022. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah Pertandingan Swafoto (Selfie), Pertandingan Swafoto Bersama (Wefie) dan Pertandingan Hiasan Bahagian. Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menyertai dan mengambil bahagian bagi kesemua kategori pertandingan yang dipertandingkan.

Pada 15 September 2022 (Khamis), UiTMCK telah mengadakan Program Pesta Pantun Teguh Bersama & Perasmian Kemuncak Bulan Kemerdekaan UiTMCK 2022 yang bertempat di Dewan Professional UiTMCK. Program ini dihadiri oleh semua warga UiTMCK dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Jazlan Haji Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang bagi kesemua pertandingan telah diadakan sejurus selepas program dirasmikan. PTA telah mendapat Johan bagi Pertandingan Hiasan Bahagian dan tempat ke-3 bagi Pertandingan Swafoto Bersama (Wefie).

PTA telah mendapat Johan bagi Pertandingan Hiasan Bahagian
PTA mendapat tempat ke-3 bagi Pertandingan Swafoto Bersama (Wefie)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga PTA yang telah berganding bahu dan bertungkus lumus semasa persiapan dilakukan untuk menyertai pertandingan tersebut. Pihak PTA juga mengucapkan tahniah kepada semua pemenang lain yang telah memenangi bagi pertandingan yang dipertandingkan.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply