SESI KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PENGAJIAN ALAM BINA DAN TEKNOLOGI

26 September 2022 – Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak, Puan Siti Basriyah telah mengadakan satu kunjungan hormat bersama Pustakawan PTAR UiTM Kampus Seri Iskandar ke Jabatan Pengajian Alam Bina dan Teknologi (JABT) UiTM Cawangan Perak. Beberapa perkara telah dibincangkan bersama Prof Madya Ts Dr Nor Hafizah Abdul Rahman selaku Ketua Jabatan Pengajian Alam Bina dan Teknologi UiTM Cawangan Perak.

Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam memberikan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna di samping meningkatkan kualiti warga kampus dalam bidang literasi maklumat. Kelas Kemahiran Maklumat (KKM) kepada para pensyarah dan pelajar baharu adalah antara perkara yang menjadi tumpuan dalam perbincangan ini. Puan Siti Basriyah juga memohon agar pihak JABT dapat memberikan kerjasama dalam proses penyerahan bahan Harta Intelek untuk dimuatnaik ke dalam sistem ‘Institutional Repository’ (IR). Ianya bagi memudahkan para pelajar di seluruh UiTM untuk merujuk bahan-bahan tersebut sepanjang proses pembelajaran dan penyelidikan.

Dalam sesi kunjungan ini, perkara yang turut dibincangkan adalah berkenaan Bilik Koleksi Bahan Binaan milik JABT di mana bahan-bahan yang terdapat di dalam bilik tersebut sudah lama tidak dikemaskini. Prof Madya Ts Dr Nor Hafizah mengambil maklum akan perkara tersebut dan akan membuat lantikan khas dalam kalangan staf JABT bagi tujuan pengendalian dan untuk mengemaskini koleksi serta bahan-bahan dalam bilik tersebut dengan lebih efisien.

Pihak PTAR turut mempromosikan ‘New Mobile App’ versi terbaru yang telah dibangunkan oleh PTAR untuk penggunaan warga JABT Cawangan Perak. Perisian ini membolehkan pengguna untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber yang disediakan oleh UiTM pada bila-bila masa dan di mana jua. Prof Madya Ts Dr Nor Hafizah turut memberi pendapat dalam usaha mempromosikan perisian tersebut dengan menyediakan Kod QR mengenai e-Resources PTAR di pelbagai lokasi seterusnya memberi hebahan kepada semua warga Universiti.

Pertemuan ini telah memberikan input positif kepada kedua-dua pihak dalam menambahbaik perkhidmatan serta menjalin kerjasama yang strategik dari masa ke semasa, selaras dengan peredaran teknologi yang serba canggih kini.

PTAR Digital Library
https://perak.library.uitm.edu.my/

Don’t Forget to Follow Our Social Media
https://linktr.ee/ptarperak

#ptar
#LibraryForAll
#stayconnected

Disediakan oleh:
Muhamad Azim bin A’nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Avatar photo
Muhamad Azim 'Ansori PTAR Seri Iskandar Perak

Leave a Reply