ASEAN Classroom 2022

Seramai 20 orang pelajar dari beberapa negara sekitar Asia Tenggara dan enam orang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia telah terlibat dalam program ASEAN Classroom 2022 (ACL 2022) anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Undang-Undang, UiTM Melaka dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Majlis Perwakilan Pelajar, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Unit Kebudayaan & Kesenian, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

PTAR UiTM Kampus Bandaraya turut mengambil bahagian mengadakan pameran fizikal yang bertajuk Busana Tradisional Melaka yang mempamerkan pakaian tradisional masyarakat Melaka.

Program yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hazmi Rusli ini telah bermula pada 20 September 2022 di Kuala Lumpur, kemudiannya melawat Negeri Melaka. Aktiviti selama dua hari di Melaka ini dijalankan di UiTM Kampus Bandaraya Melaka dan sekitar Bandar Hilir.

Program juga melibatkan pensyarah serta pelajar dan pelajar-pelajar dari UiTM Cawangan Melaka bagi melaksanakan aktiviti berkaitan pertukaran budaya dan lawatan universiti termasuklah sesi ceramah, dan perkongsian pengalaman silang budaya.

Di sediakan oleh : Siti Haidah Md Aziz , Pustakawan Kanan UiTM Kampus Bandaraya

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply