Sesi Engagement Timbalan Ketua Pustakawan Bersama Ketua Pusat Pengajian & Koordinator Kursus/Program (KPP) UiTM Cawangan Sarawak

9 September 2022 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan Sesi Engagement Timbalan Ketua Pustakawan Bersama Ketua Pusat Pengajian & Koordinator Kursus/Program (KPP) UiTM Cawangan Sarawak yang diketuai oleh Pn. Nur Afeqah Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan bersama tiga (3) orang Pengurusan Tertinggi PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Program ini telah dijalankan secara bersemuka bermula 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR Kampus Samarahan 2.

Sesi ini dilangsungkan adalah bagi mengadakan perbincangan bersama Ketua Pusat Pengajian & Koordinator Kursus/Program (KPP) UiTM Cawangan Sarawak berhubung beberapa perkara terutamanya mengenai perkhidmatan perpustakaan kepada pelajar dan pensyarah secara fizikal dan digital/online dalam menjadikan warga lebih cakna dengan ilmu pengetahuan serta teknologi yang semakin pesat pada masa kini.

Di samping itu, Pn. Nur Afeqah Abdullah juga menerangkan secara ringkas tentang kemudahan dan fasiliti yang disediakan serta mempromosikan koleksi bahan dan perkhidmatan terkini PTAR UiTM Cawangan Sarawak di dalam menyokong usaha-usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan pembelajaran serta perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR.

Disediakan oleh : Zuraida Abdul Karim, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply