Program YEF Msia Intervention Program 2022 bersama Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Youth Empowerment Foundation Malaysia (YEF Msia) merupakan sebuah Yayasan yang merangka program persediaan bagi 30 orang pelajar lepasan SPM kurang berkemampuan dan keluarga asnaf dari seluruh Malaysia serta mereka terpilih menerima tajaan bantuan daripada YEF Msia. Program ini dijalankan selama 18 hari dan merangkumi pelbagai aspek pembelajaran dan kehidupan yang membantu pelajar ini mendepani kehidupan sebagai bakal mahasiswa di universiti. Program ini bermula di Kuala Lumpur dan melibatkan beberapa negeri termasuk negeri Pahang.

Pihak Perpustakaan Al-Bukhari berbesar hati menerima pelawaan daripada pihak YEF Msia yang ingin menjalin kerjasama untuk menjalankan beberapa aktiviti di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka selama 4 hari 3 malam bermula pada 30 Jun 2022 sehingga 3 Julai 2022. Antara program serta aktiviti yang telah dijalankan di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka:

  1. The A Star Student – https://pahang.library.uitm.edu.my/yef-the-a-star-student
  2. Quick Information Searching Techniques –  https://pahang.library.uitm.edu.my/yef-quick-information-searching-techniques
  3. Self-Protection & Love Yourself – https://pahang.library.uitm.edu.my/yef-self-protection-love-yourself
  4. Let’s Explore Our Campus – https://pahang.library.uitm.edu.my/yef-lets-explore-our-campus
  5. Decision Making & Making Choice –  https://pahang.library.uitm.edu.my/yef-decision-making-choice
  6. University Social Responsibility (USR) at Perpustakaan Awam Chenor – https://pahang.library.uitm.edu.my/collections/usr-2021/509-pahang-56
  7. Selangkah ke UiTM – https://pahang.library.uitm.edu.my/yef-selangkah-ke-uitm
  8. Kelas Al-Quran – https://pahang.library.uitm.edu.my/yef-kelas-quran

Program yang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) SDG 1: No Poverty, SDG 2: Zero Hunger, SDG 4: Quality Education, SDG 5: Decent Work for and Economic Growth, SDG 8: Gender Equality dan SDG 17: Partnership for the Goals ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam usaha untuk lebih bersedia sebelum bergelar mahasiswa serta jalinan kerjasama ini diharap dapat diteruskan bagi menyokong serta melahirkan graduan yang cemerlang dari pelbagai aspek kehidupan.

Slot Decision Making & Making Choice
Slot Selangkah ke UiTM
Slot Kelas Al-Quran
Slot Make Over

Program majlis penutup.

Disediakan oleh : Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply