Mural, Makeover, Merdeka!

Program jalinan kerjasama Perpustakaan Al-Bukhari dengan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2 merupakan satu inisiatif yang dijalankan bersempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke-65 pada tahun ini. Program yang seiring Sustainable Development Goals (SDG) 17: Partnership for the Goals & SDG 4: Quality Education ini telah berlangsung pada 9 Ogos 2022 melibatkan semua staf Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang yang turut melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Pahang.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan dua hala antara pihak sekolah dan perpustakaan Al-Bukhari selain memupuk semangat kerja berpasukan bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022 iaitu #Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Selain itu, Program 3M (Mural, Makeover, Merdeka) ini dijalankan bagi membantu penambahbaikan Pusat Sumber Sekolah dengan memberi nafas baru dari sudut susun atur perabot, koleksi bacaan serta dekorasi dalaman dan lukisan mural di koridor luar Pusat Sumber tersebut.

Kedua-dua pihak turut menandatangani jalinan kerjasama Perpustakaan Al-Bukhari 2, SK Jengka Pusat 2, dengan Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Jalinan ini bertujuan merapatkan lagi hubungan dua pihak melalui aktiviti dan program yang bakal dijalankan akan datang serta membantu dalam membangunkan potensi kecemerlangan pelajar.

Disediakan oleh: Noor Azliza Aziz Pembantu Pustakawan PAB UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply