Pameran@PAB : Pameran Warisan Budaya Suku Kaum Jah Hut

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan sebuah pameran bertajuk Warisan Budaya Suku Kaum Jah Hut (Kraftangan) bermula 17 Mei sehingga 17 Jun 2022.

Pameran yang dihasilkan oleh tiga (3) orang pelajar latihan industri dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dari Universiti Malaysia Kelantan ini bertujuan untuk mendekatkan para pelajar serta warga UiTM tentang warisan masyarakat Orang Asli yang terdapat di Malaysia. Salah satu warisan budaya Orang Asli yang diketengahkan dalam pameran ini adalah berkaitan suku kaum Jah Hut. Pameran yang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education ini merupakan sebuah platform untuk memperkenal dan mengangkat seni kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat suku kaum Jah Hut.

Selain itu, perkongsian seperti ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan umum mengenai masyarakat Orang Asli yang terdapat di Malaysia lantas, menarik minat umum untuk bersama mempelajari serta menghargai warisan budaya negara. Semoga pameran ini dapat memartabatkan lagi warisan budaya di Malaysia khususnya berkaitan Orang Asli dalam memberi manfaat dan ilmu pengetahuan yang baik kepada semua.

Selamat datang ke Pameran Warisan Budaya Suku Kaum Jah Hut.
Maklumat berkaitan barangan kraftangan suku kaum Jah Hut.
Pameran barangan kraftangan suku kaum Jah Hut.
Pameran barangan kraftangan suku kaum Jah Hut.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply