Bengkel Kemahiran Mencari Maklumat

Pada 23.8.2022 (Rabu), jam 2.30 petang bertempat di Dewan Ibnu Hazm UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, telah berlangsung Bengkel Kemahiran Mencari Maklumat anjuran PRASITI SMK Jengka Pusat, Pejabat Pendidikan Daerah Maran bersama Perpustakaan Al-Bukhari. Bengkel ini telah dihadiri oleh pelajar Pra Universiti (Tingkatan 6 Bawah) Daerah Maran seramai 155 orang pelajar dengan diiringi oleh 18 orang guru.

Bengkel Kemahiran Mencari Maklumat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan “tips & tricks” dalam mencari maklumat daripada pelbagai platform yang sahih bagi membantu para pelajar sepanjang pembelajaran mereka di Tingkatan 6. Antara sumber pencarian maklumat yang telah dikongsikan sepanjang bengkel adalah:

• Open Acces Discovery

• Article Indexing

• Google Scholar

• Open Access Theses & Dissertations

• Myjurnal

Sesi perkongsian bengkel ini telah disampaikan oleh Cik Muniratul Husna binti Mohamad Zaki, Pustakawan Perpustakaan Al-Bukhari dan Encik Ahmad Fadhil bin Mohammad Yusuf, Pembantu Pustakawan Kanan. Di akhir sesi bengkel, para pelajar turut didedahkan dengan platform Quizizz di mana soalan-soalan kuiz tersebut adalah berdasarkan sesi perkongsian yang telah disampaikan oleh dua orang penceramah sepanjang bengkel berlangsung.

Bengkel Kemahiran Mencari Maklumat yang telah dirasmikan oleh Tn Hj. Rusly bin Musa wakil Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Maran ini diharapkan dapat memberi manfaat buat para pelajar seterusnya melahirkan individu yang berpengetahuan seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education serta Sustainable Development Goals (SDG) 17: Partnership Of The Goals.

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply