Pameran Maya@UiTMCPP : Dari Mata Turun Ke Hati – MALAYSIA

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 tahun serta Hari Malaysia pada tahun ini, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah menyediakan pameran maya dan fizikal yang bertajuk Dari Mata Turun Ke Hati – MALAYSIA.

Melalui pameran ini beberapa fakta menarik mengenai Malaysia dari pelbagai kategori telah dikumpulkan antaranya adat dan budaya, sejarah Malaysia, tokoh, geografi serta bangunan bersejarah.

Pameran maya ini boleh diakses melalui pautan https://penang.library.uitm.edu.my/pages/collections/exhibitions/346-dari-mata-turun-ke-hati-malaysia atau boleh dilihat secara fizikal di Aras 1, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh.

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply