Lawatan Penandaarasan Peninsula College, The Ship Campus Batu Kawan, Pulau Pinang

PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan daripada Peninsula College, The Ship Campus Batu Kawan, Pulau Pinang pada 15 Julai 2022 yang lepas. The Ship Campus telah diwakili oleh Puan Noor Shahidah Abdul Samad dan Encik Muhammad Jazly Hanif Junaid. 

Kehadiran mereka telah disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP, Puan Hayati Mokhtaram bersama ketua-ketua unit perpustakaan yang lain. Sepanjang hampir 2 jam lawatan tersebut, pelawat telah diberikan taklimat ringkas mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan, perolehan dan pemprosesan bahan serta perkhidmatan perpustakaan digital yang disediakan oleh PTAR UiTMCPP.

Pelawat juga telah dibawa melawat ke ruang kerja untuk melihat sendiri tatacara kerja yang dilakukan di PTAR selain dibawa melawat ke sekitar kawasan perpustakaan untuk melihat kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan kepada para pengguna.

Semoga lawatan ini mencapai objektif yang telah ditetapkan dan memberi gambaran yang lebih jelas bagaimana PTAR UiTMCPP beroperasi.

Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply