Lawatan ke Arkib Negara Malaysia, Negeri Kedah/Perlis

18 Julai 2022 – Satu sesi lawatan ke Arkib Negara Malaysia Negeri Kedah/Perlis telah dilaksanakan oleh PTAR bersama Bahagian Fasiliti UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP), Kampus Permatang Pauh. Lawatan ini disertai oleh Puan Farleen Azrina Zamberi selaku wakil PTAR UiTMCPP bersama-sama 3 orang staf Unit Arkib UiTMCPP dan seorang pelajar latihan industri manakala Bahagian Fasiliti UiTMCPP diketuai oleh Encik Mohd Saiful Nizam Bin Mohammad.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat ruang, peralatan, perabot dan kemudahan yang terdapat di Arkib Negara Malaysia Negeri Kedah/Perlis di samping melihat serta mempelajari proses kerja pengurusan rekod-rekod penting. Lawatan ini juga adalah sebagai salah satu inisiatif dan persediaan bagi membangunkan ruang arkib di UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply