Sesi Serahan Buku Sumbangan WAKAF 5.0

Pada 11 April 2022 telah berlangsungnya sesi serahan buku sumbangan melalui program Wakaf Buku 5.0 kepada Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Nerek, Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Kesemua buku sumbangan yang telah diterima oleh Perpustakaan AL-Bukhari telah diserahkan kepada wakil sekolah iaitu Cikgu Zulkarnaen Abdullah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan telah disampaikan oleh Puan Hajah Rosnita binti Haji Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan, serta disaksikan oleh Encik Mohd Fadhli bin Samsudin, Pustakawan Kanan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari.

Program wakaf buku siri kelima (5) ini dijalankan seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education dan diharapkan dapat membina jaringan kerjasama serta ukhwah yang baik antara dua pihak selain, dapat dikekalkan melalui kolaborasi bagi program di masa hadapan. Jom ramai-ramai warga UiTM Cawangan Pahang dan penduduk sekitar untuk turut serta dalam program Wakaf Buku 5.0 ini. Semoga usaha murni melalui program ini mendatangkan seribu rahmat kepada semua pihak.

Disediakan oleh : Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply