Pameran Maya@PAB : Budaya Negeri Pahang

Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah menghasilkan pameran maya bertajuk Budaya Negeri Pahang.

Tujuan utama pameran ini dihasilkan adalah bagi memberi pendedahan serta pengetahuan kepada umum terutama masyarakat di Malaysia berkaitan budaya yang diamalkan atau digunapakai oleh nenek moyang zaman dahulu mahu pun hingga kini. Pameran Maya ini menceritakan tentang budaya yang terdapat di Negeri Pahang khususnya berkaitan tarian, busana serta makanan tradisi. Perkongsian ilmu ini adalah salah satu alternatif yang digunakan oleh pihak PAB dalam memupuk minat kepada generasi muda terutamanya untuk menghargai warisan budaya nenek moyang terdahulu.

Diharapkan Pameran Maya@PAB bertajuk Budaya Negeri Pahang yang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education ini dapat memberi manfaat serta menambah ilmu pengetahuan kepada seluruh masyarakat yang membacanya. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari pautan: https://pahang.library.uitm.edu.my/…/476-budaya-negeri…

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Avatar photo
Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply