MOBILE LIBRARY@PTDI: Fakulti Kejuruteraan Kimia

“WE BRING BOOKS TO YOU”

Program Mobile Library@PTDI kembali lagi. Untuk kali ini, program Mobile Library@PTDI ke Fakulti Kejuruteraan Kimia. Program ini diadakan hasil jemputan Program Stem X Race yang dianjurkan oleh CHESS (Chemical Engineering Student Society). Program Mobile Library@PTDI diadakan pada 23 Jun 2022 bertempat di Ruang Legar Bangunan Fakulti Kejuruteraan Kimia bermula jam 12.00 tengahari sehingga jam 3.00 petang.

Booth Mobile Library@PTDI membawakan buku-buku baru yang berada dalam koleksi umum PTDI. Koleksi buku umum yang dipamerkan adalah seperti novel, travelog, buku agama, komik, resepi dan motivasi. Di sini juga diberikan khidmat nasihat dan cadangan buku-buku yang sesuai dibaca berdasarkan minat dan keperluan mereka.

Selain membawakan koleksi buku-buku baru, booth PTDI juga mengadakan kuiz “Spin to Win” di mana pelajar dan staf boleh sertai dengan hanya putar roda dan jawab soalan yang disediakan. Setiap jawapan yang betul berpeluang untuk mencabut hadiah yang disediakan.

Pembukaan booth ini memberi peluang untuk PTDI berkomunikasi dan berjumpa dengan pelajar dan staf luar dari bangunan perpustakaan.

Booth Mobile Library@PTDI bersama dengan staf yang bertugas
Para pensyarah sedang membuka aplikasi ptarapps
Pelajar sedang menjawab soalan kuiz ‘Spin to Win’

Penulis: Nor Azelea Mohd Azahar, Pustakawan Kanan

Nor Azelea Mohd Azahar PTDI Pasir Gudang Johor

Leave a Reply