Kunjungan Pelajar Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA), Semarang, Indonesia, ke Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah menerima kunjungan lawatan daripada pelajar Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA), Semarang, Indonesia, pada 29 Jun 2022, Rabu yang lalu. Delegasi lawatan ini telah berada di UiTMCT sejak 27 Jun 2022, bersempena Program UiTMCT-UNISSULA International Collaborative Programme VII (UUiCP VII) 2022.

Hadir bersama dengan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTMCT, seramai 30 orang pelajar UNISSULA ini telah dibawa melihat ke sekitar perpustakaan untuk sesi penerangan dan perkongsian maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna.Sesi lawatan selama satu jam ini juga memberi ruang kepada para pelajar tersebut untuk berkongsi maklumat perpustakaan di UNISSULA kepada staf perpustakaan yang mengendalikan lawatan.

Delegasi lawatan ini kemudiannya dibawa ke ruang bacaan aras 1 Perpustakaan Cendekiawan untuk sesi perkongsian dan perbincangan bersama JPK UiTMCT. Semoga sesi kunjungan lawatan ini memberi pengalaman yang manis kepada peserta yang terlibat.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply