Perpustakaan Tun Abdul Razak(PTAR) bersama Mara Youth Tourism Association (MYTA) telah menganjurkan Myta e-sports Tournament 3.0. Kejohanan ini telah diadakan bermula 17 hingga 19 Jun 2022 yang bertempat di ruang legar, aras 3, PTAR 1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar UiTM dan staf PTAR.
Program siaran langsung Chit Chat: eSports ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Faizar bin Jaafar selaku moderator bersama tetamu jemputan iaitu Muhammad Nufail Akram bin Mat Nasir, pelajar dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan dan juga merupakan AJK Platform untuk program eSports ini.
Secara umumnya, eSports merupakan permainan kompetitif pada tahap profesional yang hanya melibatkan permainan video atau sebarang permainan video dengan konsep kalah dan menang.
eSports bukan sahaja dapat bermain secara suka-suka atau hobi mahupun untuk mengisi masa lapang semata-mata, bahkan ia juga dapat menjana pendapatan individu atau pasukan tertentu misalnya melibatkan diri dalam kejohanan eSports yang dianjurkan atau bermain permainan video secara atas talian dan mengadakan siaran langsung melalui platform YouTube seperti streamer terkenal iaitu Soloz, Ninja dan Tokey.
Program Chit Chat: eSports ini berjaya menarik penonton seramai 464 views di saluran YouTube Perpustakaan UiTM. Video program ini boleh dicapai di URL YouTube https://youtu.be/hfFAsAg8WTA