Program PTAR Alam Bina Books on Wheel@FSPU

Program PTAR Alam Bina Books on Wheel@FSPU telah dijalankan pada 8 Jun 2022 bertempat di Foyer Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Kompleks Tahir Majid, UiTM Shah Alam bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini merupakan salah satu inisiatif dibawah Program Read@UiTM dalam memupuk budaya membaca dikalangan warga UiTM. Di antara perkhidmatan yang disediakan sepanjang program berlangsung adalah seperti Penghantaran Buku, Pinjaman Buku, Pemulangan Buku dan Semakan Maklumat Am Perpustakaan. Selain itu diadakan juga sesi permainan kuiz dan penyampaian hadiah kepada pengunjung bertuah yang hadir.

Dekan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Prof. Tpr. Dr. Jamalunlaili Abdullah juga sempat meluangkan masa hadir memberikan sokongan ke program ini. Program ini mendapat sambutan dikalangan warga FSPU dan ianya mendapat permintaan khas untuk dilanjutkan sehingga 3 hari. Program ini berakhir pada 10 Jun 2020. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dan mendapat sambutan yang menggalakkan lagi dimasa akan datang.

Prof. Tpr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, Dekan FSPU membuat pinjaman bahan di Program Books on Wheel@FSPU
Zharif Farhan Muhamad Pauzi PAB Shah Alam

Leave a Reply