Minggu Citizen Science : Penglibatan Masyarakat Umum Dalam Memberi Sumbangan Dalam Sains

Tanggal 11 Mei 2022, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pahang telah selesai menjalan sebuah program bertemakan “Citizen Science” dan salah satu aktiviti yang dianjurkan adalah sebuah kuiz secara atas talian bertajuk “Read, Explore & Win : Citizen Science Quiz“. Program tersebut merupakan sebuah kolaborasi bersama Apadilangit, satu organisasi saintifik yang memfokuskan bidang astronomi, di mana jaringan kerjasama ini menetapi matlamat SDG 17 : Partnerships for The Goal.

Dengan aktiviti yang dianjurkan ini, para peserta akan didedahkan dengan ilmu astronomi selain daripada pendedahan terhadap istilah citizen science itu sendiri selari dengan matlamat SDG 4 : Quality Education. Para peserta akan dibekalkan maklumat yang releven dalam menjawab setiap kuiz ini melalui pameran maya yang dicipta khas oleh Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang. Pertandingan kuiz ini telah mendapat penyertaan seramai 136 orang dan telah menobatkan 3 orang pemenang dengan masing-masing memenangi hadiah berjumlah RM80, RM60 dan RM45 setiap seorang.

Mohd Anwar bin Hassim Per. Al-Bukhari Raub Pahang

Leave a Reply