Penyerahan Sumbangan Buku Wakaf Kepada PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Pada 27 Mei 2022 (Jumaat), PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menerima sumbangan buku wakaf daripada mantan Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, PM Hj Zakaria bin Tajuddin. Sesi penyerahan ini telah diterima oleh Ketua PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, Encik Ahmad Nazri bin Jaafar. Turut hadir semasa sesi penyerahan buku wakaf tersebut Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, Encik Ahmad Khairuman bin Md Hasim dan Mantan Ketua PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, Encik Mohd Ismail bin Abidin.

Sebanyak 85 buah buku mengenai pertanian dan perikanan telah disumbangkan kepada PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Pihak PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin akan proses buku tersebut dan akan diletakkan di rak khas mengenai koleksi buku Agro yang berada di Aras 2 PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Semoga buku yang telah disumbangkan digunakan dan dimanfaatkan sebaiknya oleh Warga Kampus terutama pelajar – pelajar Fakulti Perladangan dan Agroteknologi yang ada di UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply