Syabas PTAR Atas Penerimaan Dua Anugerah Khas di Persidangan Tahunan Pustakawan Malaysia 2022 (PTPM)

Syabas diucapkan buat PTAR kerana telah memenangi dua Anugerah Khas bagi kategori Hub Inovasi dan Wira Inovasi di Persidangan Tahunan Pustakawan Malaysia (PTPM) tahun 2022 selain turut menyertai sesi pembentangan kertas kerja.

Persidangan yang telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula 25 Mei 2022 telah menyaksikan penyertaan empat poster PTAR berjudul: 1. Archive Management System (AMS). 2. Sistem Audit PTAR. 3. Institutional Repository (IR). 4. Dare 2B Fit: Dari Perpustakaan ke Lapangan. Daripada penyertaan empat poster yang bertanding merebut trofi dan sijil penyertaan, satu poster telah mendapat anugerah Perak iaitu poster Archive Management System (AMS) manakala baki tiga poster telah mendapat anugerah Gangsa.

Ketua Timbalan Pustakawan PTAR iaitu Encik Jamalludin bin Haji Sulaiman pula telah menerima Anugerah Wira Inovasi atas penyertaan terbanyak poster inovasi PTAR.

PTAR turut menyertai sesi pembentangan menerusi dua kertas kerja berjudul “The Extent and Use Measures of Library Collection ‘Health Condition’ During Pre-And Post-Pandemic in Universiti Teknologi MARA (UiTM) Libraries” dan “Lonjakan Digital Perkhidmatan Perpustakaan”. Dua orang staf PTAR telah membentang kertas kerja pada tarikh 25 Mei 2022 dan 26 Mei 2022 iaitu Dr. Hajah Zalifah binti Awang Zakaria dan Puan Asmah binti Sabtu.

Berikut ialah butiran penuh Pencapaian PTAR di PTPM2022:

  1. Special Award (Inovasi Hub) Perpustakaan Tun Abdul Razak Universiti Teknologi MARA 4 Penyertaan – Trofi dan e-sijil.
  2. Anugerah Khas (Wira Inovasi) Jamalludin Sulaiman (x4) Perpustakaan Tun Abdul Razak Universiti Teknologi MARA – Trofi dan e-sijil.
  3. Poster Archive Management System (AMS)- PERAK
  4. Poster Pengurusan Bahan Repositori Institusi Universiti (UiTM IR)- GANGSA
  5. Poster Dare 2B Fit: Dari Perpustakaan ke Lapangan- GANGSA
  6. Poster Pengurusan Audit Dalam Perpustakaan- GANGSA
Dr. Hjh. Zalifah Awang Zakaria (tudung biru) sedang membentang kertas kerja.
Puan Asmah Sabtu dalam sesi pembentangan pantas PTPM
Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply