Kursus Asas Pengurusan Rekod & Fail Kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) & Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Melaka

Pada 18 dan 19 Mei 2022 (Rabu & Khamis ), 9.00 pagi – 1.00 tengah hari Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan MelakaΒ telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Rekod dan Fail Kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Melaka yang telah dilantik oleh Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka.

Kursus Asas ini telah disampaikan oleh panel penceramah Puan Azniza binti Mohamad Nor, Pegawai Arkib daripada Jabatan Arkib Universiti (JAU), UiTM Shah Alam. Kursus ini telah disertai oleh 156 orang peserta pada hari pertama dan 135 orang pada hari kedua. Kehadiran peserta adalah daripada staf yang telah dilantik menjadi PRJ & PTRJ daripada Kampus Alor Gajah, Bandaraya, Jasin dan juga terbuka kepada warga UiTM yang berminat. Kursus ini telah dikendalikan secara atas talian melalui platform Cisco Webex.

Objektif penganjuran kursus adalah untuk:

  1. Mengetahui asas pengurusan fail dan rekod secara teori.
  2. Memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod.
  3. Memberi kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
  4. Menambah kefahaman tentang peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod.
  5. Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
  6. Mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Rakaman sepanjang kursus boleh diakses di pautan ini. KLIK SINI

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply