Lawatan Pelajar UniKL MSI Kulim ke PTAR UiTMCPP

Pada 24 Mei 2022, PTAR UiTMCPP telah menerima kehadiran pelajar-pelajar daripada UniKL MSI Kulim, Kedah untuk sesi lawatan ringkas. Seramai 9 orang pelawat yang terdiri daripada 8 orang pelajar dan seorang pegawai pengiring telah dibawa melawat sekitar perpustakaan oleh Encik Mohd Saiful Effendy Mohd Shukeri, Pembantu Pustakawan Kanan di Unit Perkhidmatan Pelanggan.

Sepanjang sesi lawatan selama 20 minit itu, mereka dibawa ke setiap aras perpustakaan dan diberikan taklimat ringkas berkenaan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PTAR UiTMCPP. Selain itu para pelajar dan pegawai yang terlibat juga berkongsi serba sedikit tentang perpustakaan di tempat mereka.

Terdahulu, kehadiran pelajar UniKL MSI Kulim ini ke UiTM Cawangan Pulau Pinang adalah untuk menyertai “Intervarsity Language Match 2022” yang diadakan di Laman Perdana, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Semoga lawatan ringkas dan santai ini dapat memberi manfaat dan pengalaman baru kepada mereka.

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply